Total Pageviews

Saturday, 19 December 2020

Hatyai vacation

Kenangan klik sini

Percutian Pendek (Shortcation) Hatyai-Songkhla menggunakan Kereta 


Usai 2 hari kembara ringkas kami ke Hat yai-Songkhla dengan anak-anak kecil serta mak ayah. Pilihan check point semestinya Padang Besar, Perlis dan masuk ke Hat yai-Songkhla pada hari Khamis dan Jumaat sebab tidak mahu bersesak sesak. 


Maklumlah Hat yai-Songkhla di antara destinasi pilihan ramai terutamanya warganegara Malaysia. Melting pot!!! Confirm weekend penuh manusia...


Jam 7 pagi kami dah berada di CIQ Padang Besar. Kat CIQ Padang Besar ni mudah sikit, semua penumpang turun cop passport, immigration booth dekat dengan laluan kereta, around 5 minit proses clearance untuk semua 9 orang. Setel dengan gumbira!


Lepas selesai kat CIQ Padang Besar, ni yang agak mendebarkan, maklumlah first time bawak kereta masuk Siam.


Sampai kat immigration/customs Padang Besa Thailand ( ejaan dalam bahasa siam), mula-mula kami park kereta kat tempat yang disediakan.


White Card Thailand dah siap isi (printed lagi), beratur buat Thai Immigration clearance.


Hanya driver setelah cop passport bawak kenderaan melepasi immigration clearance, owner dan driver (sekiranya driver bukan owner) turun jalan kaki dekat jer terus pergi ke kaunter Customs untuk tunjukkan dokumen Siam Insurance dan beberapa dokumen yang diperlukan pihak berkuasa Thailand, lebih kurang 10 minit proses tersebut. Lepas tu Kastam Thailand akan bagi satu copy cetakan borang macam Permit masuk untuk simpan sebagai proof kenderaan ada permit dan dibenarkan masuk.


Selesai!!!


Terus ke Pekan Padang Besa Thailand, pekan ni kecil sahaja, beli sim card di kedai, murah tau  around 100 bhat jer. Tapi kemain laju line internet! MBPS..... sempat juga tukar duit baht di sini.


So, sebelum ke Hat yai-Songkhla pastikan anda setel kan tiga benda ni kalau nak bawak kenderaan sendiri:-


1. Insurance third party,siam insurance dan servis isi white card:RM148


2. Travel Insurance 9 penumpang:RM176


3. Hotel Lee Gardens 2 junior suite room: RM517.08 booking online awal awal


Yang tak sempat keluar duit kat sini memang banyak sangat ATM mesin, merata-rata


Selesai tiga benda ni boleh pergi Hatyai-Songkhla  dengan aman


Tak breakfast di hotel lee plaza sebab risau tak halal, yang bestnya air dalam fridge box semua FREE. Best air diorang ni


Sedikit tips memandu di hatyai:


- Beli Sim Card Siam sebab murah dan internet terpantas, dah tak main GB depa dah jauh ke depan, MBPS

- Pakai tali pinggang termasuk semua penumpang

- Jangan langgar lampu isyarat sebab depa banyak kamera kecik-kecik

- Drive dengan berhemah sebab setiap kawasan ada zone limit

- Isi penuh tau minyak kereta sebab minyak depa mahal


Walaupun pun ke Hat yai-Songkhla dengan berkereta hanya tiga tempat sahaja kami gunakan kereta. Selebihnya kami park kereta di hotel, dan naik tuk tuk ke destinasi yang lain


Di antara destinasi yang sempat kami terjah sepanjang dua hari:


1. Hat yai Cable car dapat melihat permandangan Hat yai. Caj dewasa dalam 300 bhat. Kalau nak lagi murah korang naik cable car di Songkla 30 baht sahaja.


2. Chang Puak Camp, Hat Yai kalau minat nak naik gajah dan lihat pertunjukan Gajah/buaya, memang menarik. Siap boleh mandi bersama gajah, beli sourvenier atas gajah dan tengok gajah makan.


3. Masjid Songkhla rekaan masjid ni cantik, landskap nya seperti taj mahal. Taj Mahal Thailand


4. Asean Night Market tempat membeli belah ade dua tingkat. Bahagian bawah tempat membeli baju, yang suka baju Hard Rock Hatyai leh beli di sini, seluar, kasut, beg, passport cover 100baht (letak nama dan satu champ), sourvenier dan macam-macam lagi. Bahagian atas ade di jual makanan. Pelbagai makanan ada. Memang rambang mata. Tapi sempat makan sushi di sini. Pastikan anda beli di kedai yang pamer tanda halal. Asean night market ni banyak makanan halal. Di sini ada juga tempat solat. Sempat singgah tempat solat sebab si kecil menjerit nak menyusu.


5. Lee Garden Market sebab kami booking hotel di lee garden so senang. Turun hotel je zasss... macam-macam makanan di jual. Dekat dengan pasaraya besar, nak makan pun senang, Stragetik sungguh kedudukan hotel ni. Sempat juge beli kacang gajus rangup, pulut manggo, coconut aiskrim, maggie sup, sotong bakar. Dekat lee garden pun ade restoran makanan thai yang sedap. Sempat makan lunch di restoran salma makanan nya agak sedap juge. 


6. Samila Beach, samila beach ni ade 3 tempat bergambar yang menarik, sempat singgah bergambar di the great serpent naga, duyung, pulau cat vs mouse. Anak anak sempat naik kuda di Samila Beach. Ha sape yang nak beli key chain, friged magnet dan small beg sebagainya beli di samila beach, harganya lebih murah berbanding Asean Night Market.


Sempat saya sambar satu beg kraftangan yang murah sangat di Samila Beach Semua sourvenier 8 =100baht / Porch beg 9 = 200baht


7. Kim Yong Market dekat sangat dengan Lee Gardens Plaza Hotel, jalan kaki dalam 5 minit jer, kalau korang nak beli barang barang makanan boleh singgah sini, sempat singgah sini beli longan kering, ikan bilis, buah kabung kering, buah anggur dan pelbagai buah lagi, pes tomyam dan maggie thai.


8. Klonghae Floating Market - Wajib ke sini sebab keunikan penjual berjual beli di atas perahu. Macam-macam makanan ada di sini. Kami datang awal sedikit jam 1 pm dah sampai, so sempat lah menjamu mata survey-survey harga songket dan batik thai yang murah. Di sini juga ada disediakan tempat solat. Floating market ni hanya buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Di sini juga harga pes tomyam, maggie, buah-buahan agak murah berbanding pasar lain yang kami pergi. Tokoyaki dan buah nanas kecil kat sini perg! terbaik! Mula berniaga jam 3pm


9. Dimsum chabura


Tempat makan yang wajib korang datang, saya siap borong miang kam sebab boleh tapau bawak balik!


10. Selain tu tempat lain yang menarik untuk pergi adalah Songkla zoo tapi tak sempat singgah. Apa yang best songkla zoo ni korang boleh naik kereta sendiri dalam zoo kalau bawa kereta.


- Sempat juga singgah kat buddha tidur, di wat phranon singgah ambil gambar sahaja 


- Bergambar juga di songkhla aquarium


- Naik tuk tuk ke songkhla lake ferry


Alhamdulillah seronok sebenarnya ke negara orang ni, banyak pengalaman berharga di sini, ha korang yang nak ke hat yai ni jangan lupa belajar sikit bahasa sana, sangat mudah tau bila boleh sikit-sikit cakap thailand ni. yang simple simple je, terima kasih, boleh tak bagi diskaun, berapa harga, sapaan dan sebagainya.


Overall best kat sini sebab dapat makan makanan feveret! best pulak tengok jejantas untuk pejalan kaki tu bukan tangga tapi eskalator di hat yai.....


In sha allah next kembara TURKEY


Salam sayang 


Nur Aini Amran


#hatyai #2hari #bawakereta #traveldengananak

#songkhla



Friday, 10 March 2017

Percutian dan tempat menarik di Korea yang boleh anda dilawati

Salam manis pembuka bicara

Salam dari korea







Udon ni sangat sedap, (kat airport)  makan sebelum bertolak balik ke Malaysia


Bibimbap


Tomyam korea


Healthy betul makanan orang korea ni

Saturday, 31 December 2016

Adab bermusafir

ADAB BERMUSAFIR MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Adab bermusafir

Alhamdulillah sepanjang bermusafir dapat ikut adab-adab ni. Semoga musafiran kita mendapat berkat dan rahmat bukan sekadar berjalan makan angin. Tapi ambil sesuatu yang bernilai dari musafiran tersebut.

IM ALWAYS a TRAVELLER.

1. Mulakan dengan Niat. Niat mestilah baik, bukan untuk berbuat maksiat atau kemungkaran. Perjalanan mestilah dengan bertujuan, bukan redah tanpa memikirkan tujuan dan aktiviti yang ingin dicapai. Sebaiknya rancang perjalanan kita supaya sepanjang musafir kita dapat manfaat.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan:

Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

2. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar rumah. Moga Allah permudahkan segala urusan perjalanan kita.

“Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir”
(Hadis diriwayatkan oleh Tabrani)

3. Memulakan musafir selain dari hari Jumaat supaya tidak terlepas Solat Jumaat.

“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

4. Membawa beg yang berisi keperluan diri.

5. Meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan balik dengan segera setelah urusan selesai

"Apabila seseorang dari kamu akan bermusafir , hendaklah meminta izin kepada saudara-saudaranya, sebab sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan kebaikan pada doa mereka."
(Diambil dari kitab al-Azkar Imam Nawawi)

6. Memulakan perjalanan pada waktu malam. Berjalan di waktu malam dapat menjimatkan masa atau memendekkan masa perjalanan kerana malam lebih tenang.

“Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

7. Bermusafir dengan berteman. Kalau lebih dari 3 orang, sunat melantik ketua bagi perjalanan tersebut.

“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”
 (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

8. Membaca doa sebelum bermusafir, doa naik kenderaan dan doa ketika memasuki suatu kawasan atau tempat orang.

9. Bertakbir bila melalui tempat tinggi dan bertasbih ketika menuruni tempat tinggi. tak semestinya ketika menaiki kereta. Jika kita menaiki kapal terbang pun boleh bertakbir.

Dari Jabir r.a. dia berkata: “Apabila kami naik kami bertakbir, dan apabila turun kami bertasbih”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

10. Bernyanyi/Berzikir/Berzanji sebagai hiburan ketika dalam perjalanan. Rasulullah suka perjalanan yang menenangkan.

11. Sujud syukur bila tiba di destinasi.

12. Membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Kebanyakan dari kita selalu membeli buah tangan untuk dibawa pulang, tapi sayangnya kita lakukan tanpa mengetahui bahawa ia sebahagian dari sunnah Rasul. Alhamdulillah buat setakat ni apabila balik dari bermusafir.

13. Meminta orang bermusafir mendoakan kita kerana doa orang yang bermusafir lebih mustajab.

‎"Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir."
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)

Dari Umar Bin Khattab r.a dia berkata : aku meminta izin kepada Nabi S.A.W untuk melaksanakan ibadah umrah dan baginda mengizinkanku serta bersabda:

“Jangan engkau lupakan kami dalam doamu, wahai saudaraku”.
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

Bayangkan, Rasulullah pun minta orang bermusafir mendoakannya. Hebat bermusafir ni kan?

In Sya Allah nak menjelajah dunia

Singapura (2012)
Korea (2013)
Indonesia (2015)
Brunei (2016)
Mekah (bakal 2017)

Salam Sayang
AINI

Tempat menarik untuk di lawati di Brunei, Bintulu dan miri, sambil menikmati keindahan alam

Salam manis pembuka bicara

Baru baru ini sempena cuti sekolah saya bersama keluarga ke Bintulu, kebetulan di sana ada majlis sepupu berkahwin, jadi sambil menghadiri majlis tersebut, sambil makan angin di sana. Saya juga bernasib baik kerana adik ipar saya juga menetap di Bintulu, jadi pergerakan kami lebih mudah dengan menaiki kereta.

Setelah sampai di Airport Bintulu, kami ke majlis perkahwinan, setelah itu pengembaraan kami bermula BINTULU - MIRI - BRUNEI


Sepupuku, tahniah Yana


Di Airport, mujur si kecil behave 

Di bintulu kami sekeluarga singgah di sebuah pantai iaitu Pantai Tanjung Batu sambil menikmati keindahan alam



Kemudian kami bertolak ke Miri, kami sekeluarga tidur bermalam di sana, sebelum ke Brunei keesokkan paginya. 


Di antara tempat menarik di Miri di antaranya Gua Niah dan Borneo Tropical Rainforest


1. Gua Niah

2. Borneo Tropical Rainforest Resort

Bagi yang ingin merasai udara yang segar, ingin melihat kehijauan alam yang masih belum tercemar, boleh lah menyinggah ke tempat ni. Makanan yang dihidangkan pun sangat segar dan sedap serta lain dari biasa.

Pakej yang ditawarkan juga agak berbaloi. Boleh google pakej terbaru yang resort ini tawarkan.



Waterpark di sini agak menarik


Cantikkan?


Rezeki sebab makanan dihantar special ke bilik


1st class hidangan di sini


Ready untuk aktiviti pertama tour di Tropical Rainforest


Ikan di sini talapia dan patin


Hijau sangat, segar!!


Waterpark dikelilingi hutan


View paling best sebab boleh kenal macam-macam jenis kayu


Bertolak balik


Terbaik resort ni


Datang sarawak wajib makan mee kolok di MADLI"S restoran

Jangan lupa juga singgah di Restoran Muara untuk merasai lalapan yang sedap

Bintulu ke Miri : 2 jam menaiki kenderaan

Miri ke Brunei : 2 jam menaiki kenderaan


Alang-alang ke Bintulu dan Miri kita singgah sekali ke Brunei. Perkara yang paling di sini ialah semua papan tanda ada tulisan jawi. Brunei juga jauh dari kesesakan dan kesibukan kota. Patut lah Negara Brunei ni dikenali dengan 'quit dan peacefull city'. 



Ke kampung Ayer naik boat


Nampak tak batu tu? kapal Si Tanggang yang di sumpah oleh ibunya dek kerana derhaka tidak mengaku ibu sendiri


Telan air liur tengok harga minyak di Brunei ni tau


Dapat juga makan Jollibee ni


Bukan semua negara ada Jollibee ni, yang saya tahu di Brunei, Filipina


Dulu saya pengguna body shop, sekarang pengguna tegar nutriwhite 
tulisan jawi tu memang winn..


Tulisan jawi


Tulisan Jawi

  
Tulisan Jawi


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
kubah daripada emas


Kubah emas


Semoga bermanfaat 

Salam musafir di angin lalu

Aini

0136288543
(Shaklee Independent Distributor)

















Saturday, 26 November 2016

Tempat menarik untuk di lawati di Negeri Sembilan Jelita Ostrich Farm

Salam manis pembuka bicara

Entry kali ini, saya ingin berkongsi tempat yang menarik di Negeri Sembilan, terletak di Mukim Pantai, Jalan Jelebu. Seremban. Bagi ibu bapa yang jarang-jarang bawak anak ke zoo, boleh bawa anak ke Jelita Ostrich Farm ni. Bagi anak kita kenal apakah itu burung unta kan.


Masuk ke Jelita Ostrich Farm tidaklah mahal sangat tapi anda akan dapat kenangan dan pengalaman iaitu menunggang burung unta. Jadi sebelum masuk ke farm boleh lah beli makanan burung unta iaitu jagung. Gambar di atas menunjukkan saya cuba memberanikan diri memberi makan burung unta yang ketinggian nya lebih kurang saya sahaja. Burung unta di sini hanya makan rumput dan jagung, dan sebenarnya burung unta rupanya mempunyai mata yang rabun, so makanannya hanya dikenali dengan warna sahaja  iaitu kuning dan hijau. 


 Jangan lepaskan peluang menunggang burung unta sebab Jelita Ostrich Farm sediakan sijil untuk yang berjaya tunggang burung unta di sini. Anak saya berjaya akhirnya.



Yang di belakang tu pekerja yang paling lama di Farm, Eric namanya, sangat berinfomasi, bekerja lebih 10 tahun. Tanyalah apa-apa soalan. Semua dia boleh jawab. Ostrich di sini berasal dari Afrika. 


Cubaan memijak telur burung unta, Jangan risau tidak akan pecah telur tu, kecuali jika kita lompat atas telur, ha yang tu confirm pecah



Sebiji telur sahaja boleh menampung berat sehingga 150 kg, first time pegang telur burung unta, keras dan unik. Burung unta boleh hidup sehingga 80 tahun ye. Fakta ni bukan auta


Tu diaaa, besar kan?? harga sebiji mencecah hingga RM80 


 Di antara koleksi telur burung yang dipamerkan di sini, Unik.
Ada juga syampoo, sabun mandian, minyak rambut dan sebagainya, semua dari minyak burung unta.




Uzma menaiki Ostrich, Semasa naik mata burung di tutup supaya dia boleh mengikut arahan, jika tidak di tutup burung unta akan berlari lurus tanpa membelok-belok. Satu lagi fakta burung unta tidak memasukkan kepalanya di dalam tanah seperti yang kita ketahui. 



Semoga sharing ini bermanfaat untuk semua

Salam mesra di angin lalu

Aini
0136288543
(Shaklee Independent Distributor Negeri Sembilan)

Tuesday, 22 November 2016

Tempat menarik di Singapura yang boleh anda lawati

Salam manis pembuka bicara

Entry kali ini kita menjengah ke negara Kota Singa, iaitu singapura, sebuah pulau yang terletak di hujung semenanjung malaysia, dekat dengan negeri JDT.

Disebabkan saya pernah menetap di Johor selama lebih kurang 5-6 tahun, Jadi rugi kan jika tidak menyinggah ke Singapura.

Selalunya bila ke singapura saya dan family tidak membawa kereta, kami lebih suka naik cab (teksi) bermeter berbanding kereta sendiri. Pastikan anda bawa wang saku yang lebih, maklumlah mata wang Singapore menggunakan Dolar.

Negara singapura boleh dikatakan bersih, makanan halal pun tiada masalah, cuma saya selalu standby botol kecil air mineral, al-maklumlah bila masuk certain tandas hanya ada tisu sahaja. 



Di antara tempat yang korang semua boleh lawati:



1. Zoo singapura

Zoo Singapura di antara zoo terbaik yang pernah saya masuk, kerana tiada bau yang tidak menyenangkan, zoo pun bersih dan terjaga rapi, jika korang bernasib baik dapatlan menonton pelbagai aksi haiwan, waktu kami pergi, kami sempat melihat pertunjukan (show) aksi-aksi gajah. 

Jika korang ke zoo jangan lepaskan peluang melihat panda, siap ada nama lagi panda Singapura ni kai kai dengan jia jia (lupa pula mana satu betina dan jantan)



Tu pun pandanya menyelit dekat pokok buluh 



Anak saya bersemangat nak tengok panda

Cute kan?



Di antara haiwan yang menarik di zoo Singapura



2. Menaiki cable car




3. Universal Studio Singapore (USS)


Jika ke Singapura, tempat yang wajib korang pergi adalah USS, memang menarik dan tertarik sangat universal studionya. Paling best Transformer, The Mummy, Battlestar Galactica, Water World, Madacascar, Jurassic Park, The Lost world. memang best sangat!!
Banyak lagi tau, saya senaraikan favourite saya sahaja.



Bersih kan? waktu ni tercari cari juga sampah tapi memang tak jumpa



Tempat ni anak saya paling suka. Sampai tak mahu balik.



Gambar kenangan di USS



Semoga sharing ini memberi manfaat kepada semua.

Salam musafir di angin lalu


Aini
0136288543
(Shaklee Independent Distributor Negeri Sembilan)






Monday, 21 November 2016

Tempat dan percutian menarik di Kepulauan Batam yang boleh dilawati oleh semua

Salam manis pembuka bicara


Di sini saya ingin kongsikan percutian menarik ke Batam yang terletak di kepulauan Riau Indonesia.

Kami bertolak ke Batam dengan menaiki feri di jeti Tanjung Belungkor Penggerang Johor, sebenarnya ada beberapa tempat dari Malaysia dan Singapura untuk ke Batam.

Sebagainya contoh korang boleh naik feri dari Stulang laut dan Johor Port, tetapi Stulang dan Johor Port ni amatlah sesak sangat dengan manusia. So saya memilih naik feri dari Tanjung Belungkor, memang recomended sebab tak perlu bersesak- sesak macam sardin, memang santai sangat ikut jeti Belungkor ni, orang tak ramai, tempat parking pun tiada masalah.


    Bersedia untuk bertolak


 Feri pun best tak sesak, boleh duduk di mana sahaja



Tanjung Belungkor yang lenggang dan tidak sesak, belakang tu adalah ferinya


Nama feri yang kami naik dari Tanjung Belungkor adalah Mutiara Mas syarikat Sungai Rezeki, Feri ini pun sangat okey dan rasa selamat lah sepanjang di laut itu, perjalanan dari Tanjung Belungkor ke Batam mengambil masa 45 minit sahaja, so sempat juga lah kami anak beranak tidur lena sepanjang di dalam feri, anak-anak pun excited naik feri, first time la katakan.

So bila sampai ke pelabuhan Batam kami memang dah bayar seorang pemandu pelancong, Nama nya Rizal, bagus sangat orangnya, sangatlah berpuas hati. Dia membawa kami ke Hotel yang tidak asing lagi iaitu Hotel Pacific Palace. Paling menarik hotel ni adalah kerana Hotel nya berbentuk kapal Titanic, sangat unik. Sebenarnya banyak hotel di Batam ni, cuma kami memilih yang lebih selesa untuk sekeluarga.


Hotel Pasific Palace bentuk kapal Titanic (menarik sangat), nampak tak bentuk kapal di belakang tu?


Oh terlupa pula, saya bersama family di Batam selama 3 hari sahaja.


Sampai akhir nya di Batam



Unik sebab diorang print guna printer di motorsikal (guna kuasa bateri motor), Diorang ini ambil gambar sangat profesional dan cantik serta murah bangat


Di antara tempat menarik yang kami pergi ialah:



Ala ala Danga Bay, Johor


Hari pertama

- Shopping (Nogoya Hill) cuci mata sahaja sebab tempat ni sangat lah mahal dan sesak

- Melawat rumah mini yang terdapat di Indonesia (tengok juga kapal Laksamana Cheng Ho)

- Jalan-jalan di Ocarina Park


Minum kopi di Fatmawati (best sangat sebab tempat ini di atas laut ada menara sambil menikmati kopi KAWWWW) - di dalam Ocarina Park



Rasa pisang cheese ni sangat berbeza dengan di Malaysia, memang lain  dan sedap!!, kopi nye sedap bangat


Hari kedua

- Perkampungan Vietnam (sambil tengok rusa dan bagi makan monyet jinak)

- Jambatan Balerang (BJ Habibi)

- Shopping (tempat murah DC mall)



Jambatan balerang yang wajib dijejaki
Bak kata orang sana jika datang batam tapi tidak pergi jambatan ni maksudnya belum cukup syarat hihi


Hari ketiga

- Shopping (tempat murah New Erika)

Shopping lah sebab murah walaupun gred barang bukan original pun tapi kualiti tau, siap beli Tab samsung lagi tau (tapi jika korang nak beli handphone dan sebagainya, perlu juga berhati-hati jangan tertipu pulak)


New Erika
Tempat shopping yang agak ok dan murah


Makanan dekat Batam ni memang Halal tapi korang perlu juga berjaga-jaga sebab walaupun orang yang jual macam orang Islam tapi bukan semua kedai ada tanda halal ye dan patut syariah. Sebab di Batam ni khinzir pun ada juga dijual di gerai gerai tepi jalan.


Diantara tempat makan yang best ialah:

Selero bersamo (nasi padang) rule makan nasi padang ni kene ingat jangan sentuh semua pinggan yang penuh dengan makanan tu tau, nati tak pasai-pasai kene charge (bayar), so korang makan yang berkenan je ye, walaupun rambang mata nak rasa semua benda. Ingat tuuuuu...


Nasi padang



Acia ikan bakar



Dapoer ikan bakar


Sekian percutian best di Batam yang terletak di antara Malaysia, Indonesia dan Singapura



Round round Batam






 Round round Batam



Akhir kata, selamat bercuti ye, semoga sharing kali ini mendapat manfaat untuk semua.

Info: Batam menggunakan mata wang Rupiah


Salam musafir di angin lalu

Aini
0136288543
(Shaklee Independent Distributor Negeri Sembilan)